Ngayak ukoro

Ngayak ukoro
Ojo lali

Senin, 19 November 2018

Kanjeng Nabi Muhammad

*BIODATA RASULULLAH S.A.W* 🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_. 🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah) 🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). 🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). *USIA 5 TAHUN* 💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. *USIA 6 TAHUN* 💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. *USIA 8 TAHUN* 💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. *USIA 20 TAHUN* 💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. *USIA 25 TAHUN* 💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. *USIA 35 TAHUN* 💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. 💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. 💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. *USIA 40 TAHUN* 💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. *USIA 53 TAHUN* 💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. *USIA 63 TAHUN* 💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. *ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW* 💚 Khadijah Binti Khuwailid. 💚Saudah Binti Zam'ah. 💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). 💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. 💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). 💚Zainab Binti Jahsy. 💚 Maimunah Binti Harith. 💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). *ANAK-ANAK RASULULLAH SAW* 1.💜 Qasim 2.💜Abdullah 3.💜 Ibrahim 4. 💜Zainab 5.💜 Ruqaiyah 6.💜Ummi Kalthum 7.💜Fatimah Al-Zahra ' *ANAK TIRI RASULULLAH SAW* 💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda). *SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW* *_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_* 1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad *_SAUDARA SUSUAN_* 1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza *BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW* ( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_) 1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. Atiqah ## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya. *Sabda Rasulullah SAW:* _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_ _syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Nabi Muhammad SAW - Manusia agung *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH* 💓Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. _Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_ 💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.. 💞Aku melihat cahaya dari lidahnya. 💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. 💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. 💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar. 💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. 💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. 💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. 💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. 💞 Wajahnya seperti bulan purnama. 💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. 💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. 💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. 💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. 💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. 💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik. 💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. 💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. 💞Janggutnya penuh dan tebal menawan. 💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. 💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. 💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. 💞Rambutnya sedikit ikal. 💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. 💞 Rambutnya terbelah di tengah. 💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. 💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. 💞Seimbang antara kedua bahunya. 💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. 💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. 💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. 💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. 💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. 💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. 💞Warna putihnya lebih banyak. 💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. 💞Warna kulitnya putih tapi sihat. 💞Kulitnya putih lagi bercahaya. 💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. 💞 Badannya tidak gemuk. 💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. 💞 Perutnya tidak buncit. 💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. *KESIMPULANNYA* : Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. *Catatan :* _Boleh Kirim kepada yang lain lainnya Untuk mengenal Beliau dan mencintainya_

Tidak ada komentar:

Posting Komentar